03.10.06 (9:14 pm)


Naik   [edit]
Barang Naik Bila Naik? Baru Naik Banyak naik




10.30.04 (8:00 am)


flashing   [edit]
dengar nasyid ini






10.30.04 (7:51 am)


apa nak jadi?   [edit]
Kita semua tahu bahawa DS Anwar Ibrahim akan kembali ke Tanah Air dari Jeddah, Mekah pada 31.10.2004, iaitu pada hari Ahad ini. Apa yang malangnya, kita telah disumbatkan dengan berita-berita yang kurang enak didengar dan tidak patut pun perkara seumpama itu timbulkan dalam suasana kita hendak bersatu dan memperjuangkan apa yang telah diistilahkan sebagai ‘ Politik Baru Berwajah Baru’

di bawah kepimpinan bersama di antara Anwar Ibrahim dengan DS Abdul Hadi Awang [Presiden PAS] dan juga bersama-sama dengan DAP berserta dengan pelbagai NGO yang terdapat di dalam Negara ini untuk mengubah ‘landskap’ politik’ yang didominasikan oleh UMNO yang bergelumang dengan perbuatan rasuah dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi bukan untuk agama, bangsa dan Negara ini. Perjuangan UMNO lebih menjurus kepada perjuangan untuk mengisi ‘tembolok’ diri sendiri dan dikesampingkan kepentingan ramai.

Saya terasa amat mendukacitakan apabila timbul krisis keyakinan untuk menyambut kepulangan Anwar dari luar Negara. Isu ini paling kecil, tetapi dalam parti Keadilan telah menimbulkan ‘keributan’ yang tidak sepatutnya diperbincangkan. Umpamanya Angkatan Pemuda PKR Perak [Laman Marhaen 27.10.2004] membuat tuduhan terhadap Ezam Mohd. Noor dan Azmin Ali yang mengandaikan ada pihak-pihak tertentu dalam Umno terutama dari puak Najib Razak yang dipengaruhi oleh Mahathir Mohamad mempergunakan mereka berdua berusaha untuk mempengaruhi Anwar untuk kembali ke pangkuan Umno. Isu ini telah menambah kekeliruan di kalangan ahli-ahli di akar umbi yang tidak tahu kedudukan perkara yang sebenar.

Soal untuk menyambut kepulangan Anwar pada hari Ahad ini juga bercelaru. Tidak konsisten. Ada berita yang mengatakan bahawa Anwar sendiri menyeru penyokong-penyokongnya tidak datang beramai-ramai ke KLIA untuk menyambut kepulangannya bagi mengelak kesesakan setelah permohonan Jawatankuasa Sambutan untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil ditolak oleh kerajaan. Perkara ini diberitahu sendiri oleh Dato’ Kamarul Bahrin Abbas Pengerusi Jawatankuasa Sambutan [Malaysiakini.com, 26.10.2004] dan sambutan rasmi hanya akan diadakan di kediaman Anwar selepas majlis berbuka puasa dan selepas sembahyang sunnat Tarawih dan Witir. Penyokong-penyokong Keadilan dikelirukan lagi oleh Warga Baru dengan menimbulkan siapa pemimpin yang berpengaruh dalam Keadilan [Laman Marhaen, 27.10.2004].

Lebih hebat dari itu, Inderaloka dalam tulisannya dalam Tranungkite.net, 26.10.2004 menyebut ada komplot di kalangkan orang-orang tertentu dalam Keadilan untuk berebut jawatan dalam parti yang akan bersidang pada bulan Disember ini. Syed Hussien Ali akan dicalonkan sebagai Presiden parti bagi menggantikan DS Wan Azizah Ismail yang mempunyai agenda lain. Apa erti kepada kita semua ini. Suasana ini menggambarkan kepada kita bahawa tiada ada perpaduan dalam parti Keadilan. Keadaan ini amat menggembirakan musuh-musuh kita, iaitu UMNO. Mereka dengan mudah dapat memasukkan jarum untuk memusnahkan kesepaduan yang wujud dalam Keadilan. Mereka akan menjalankan peranan adu-domba bagi memecahkan perpaduan ini agar setiap ahli dan pemimpin-pemimpinnya senantiasa berada dalam keadaan curiga-mencurigai di antara satu sama lain dan senang bagi mereka untuk menjalankan dasar ‘pecah dan perintah ‘ yang akhirnya membawa Keadilan berada dalam keadaan lemah dan UMNO dengan senang dapat menguasai keadaan.





10.30.04 (7:49 am)


wahai astora   [edit]
Jangan sama sekali kita berduka diatas kehilangan anak-anak muda kita. Mereka itu adalah syuhada dan bunga-bunga bangsa kita.
Astora perlu menyahut cabaran ini, kalau beliau menikus, takut, menyorok, bersembunyi dan beralasan apa jua sudah,tidak boleh diterima lagi kerana yang membuat seruan dari tanah tumpah darah nya sendiri, tempat lahir nya. Seluruh kaum keluarga nya ada disana.




04.05.04 (8:37 am)


Dari Laman Marhaen   [edit]






03.11.04 (9:13 am)


Tengok dacing Pangkah Bulan   [
edit]


Tengok Dacing, INGAT RASUAH
Tengok Dacing, INGAT ARAK
Tengok Dacing, INGAT JUDI
Tengok Dacing, INGAT ORANG HINA NABI DAN TOLAK HUDUD
Tengok Dacing, INGAT KERAKUSAN PEMIMPIN DAN KRONI BOLOT HARTA NEGARA
Tengok Dacing, INGAT KEZALIMAN TERHADAP ANWAR, TAHANAN ISA & KELUARGA
Tengok Dacing, INGAT MASALAH MORAL DI KALANGAN PEMIMPIN BN
Tengok Dacing, PANGKAH BULAN!




03.02.04 (11:31 pm)


Jim Dolah   [edit]




02.26.04 (8:28 am)


Kisah SCOMI Makin Mengundang Tanda Tanya   [edit]
Presiden George W. Bush dan Pengarah CIA, George Tenet, telah menyatakannya secara terbuka: bahawa kilang milik SCOMI Precision Engineering (SCOPE) di Shah Alam mempunyai hubungan rapat dengan satu urusan perdagangan gelap antarabangsa dalam senjata nuklear. Namun, Malaysia telah menafikannya. SCOPE telah mempelawa wartawan tempatan dan luar negara untuk membuat lawatan ke kilang dan melihatnya sendiri. Seorang pegawai AS, Mr. John Bolton, di Singapura, berkata bahawa Malaysia tidak terlibat dalam jaringan operasi gelap yang diketuai oleh Pakistan. Kenyataan itu telah dijadikan satu temasya kelegaan kepada Malaysia. Yang peliknya tidak ada sesiapa di Malaysia yang kena tuduh, hanya setakat pembabitan SCOPE sahaja. Malaysia telah cuba mengapai apa juga dalil yang dapat melepaskan kaitan antara SCOPE dengan rangkaian Pakistan itu. [+]




02.26.04 (8:25 am)


Paklah Mengetuai Pilihan Raya Umum Sebagai Ketua Barisan Yang Bercelaru   [edit]
Pilihan Raya Umum sudah semakin dekat. Janganlah diragui hakikat ini lagi. Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membatalkan kehadirannya di Persidangan Puncak G-15 di Caracas, di mana tuan rumah Presiden Hugo Chavaez sedang dihantui kempen besar-besaran yang memaksa beliau turun takhta. Memang tepat tindakan Paklah begitu di mana keselamatannya membayangkan sedikit bahayanya. Tetapi tidak ramai yang percaya itu adalah sebabnya. Akhbar The New Straits Times telah menjadikan berita muka depan kan perkara ini dan berkata: “adanya spekulasi yang berterusan tentang kemunculan pilihan raya umum. Semua Menteri kabinet di luar negara telah diarahkan pulang ke Kuala Lumpur sebelum 29 Februari. +




01.24.04 (9:54 am)


Ulama Mencabar   [edit]
al Sistani, ulama mencabar

Sekuat kuat USA di Iraq dengan pelbagai senjatanya, namun perang psikologinya tewas dengan pengaruh seorang tua. Dalam masyarakat Islam, pengaruh agama jelas boleh menggugat apa saja kekuasaan lain seperti politik ganas dan materialistik USA. Ayatollah Ali al-Sistani muncul dalam diam dan sehingga kini beliau menjadi sumber rujukan rakyat Iraq. Kejutan awal yang beliau lakukan terhadap USA ialah membantah sekeras kerasnya usaha USA memaksakan Perlembagaan yang mengenepikan al Quran. Masih terlalu awal lagi untuk merumuskan apa apa, maka elok kita pantau saja
perkembangan di Iraq.

baca lagi




01.18.04 (4:51 pm)


Perpaduan Melayu   [edit]
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Hrkh)- Agenda perpaduan Melayu bergema lagi dalam media Umno menandakan pilihan raya sudah hampir benar.

Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyifatkan laporan TV Umno itu adalah 'alamat qubra' (tanda-tanda besar) pilihan raya hampir tiba.

Berita Buletin Utama TV3 malam ini, 18 Januari, menyiarkan laporan hampir lima minit agenda perpaduan Melayu dengan memberikan fokus gesaan agar Umno dengan PAS berbincang.

Ia dibuat melalui wawancara beberapa pihak yang bersandar di atas nama ahli akademik dan aktivis masyarakat.

"Tetapi yang peliknya, ketika TV3 mengajak PAS dengan Umno berbincang untuk perpaduan Melayu, RTM 1 pula hari-hari bantai PAS.

"Kalau begitu, ini agenda Umno TV3 tetapi tidak disokong oleh Umno RTM," kata Nasharudin dalam respon segeranya kepada Harakah. ......
Komen: Nampaknya bunga-bunga PEMILU telah kembang, sebagai mana kembangnya bunga durian disirami hujan untuk berputik. Isu perpaduan Melayu, orang Melayu kena bersatu selalu dicanangkan apabila PEMILU hampir..
href="http://www.harakahdaily.net"baca lagi




01.17.04 (10:56 am)


tutorial TBLOG asas   [edit]
sila dapatkan TUTORIAL ASAS TBLOG di HTTP://MARHAEN2U.SHAREWITH.US/TBLOG/TUTORIAL

.....sekadar pengenalan




01.13.04 (10:02 pm)


relax::minda   [edit]








01.13.04 (8:32 am)


site pilihan   [edit]


sajak








01.13.04 (8:20 am)


mari berforum   [edit]


sajak





sehingga sekarang telah mencapai seramai 181 registered user.Silalah ke Forum!




01.11.04 (8:29 pm)


yang aku cari   [edit]
Ku cari damai dihati,ku cari kawan sejati bukan harta bertimbun sampai "nak cucu tak habis makan", ku cari kesenangan untuk hidup bukan untuk berfoya-foya, itulah sebahagian apa yang tersirat dalam bait-bait sajak Pak Lah sikit masa dulu



sajak






rupanya beliau mencari Ghazali Shafie




01.07.04 (7:48 am)


Tantanawi vs Muslim   [edit]
Syeikh Azhar ,namanya Tantawi telah menimbulkan percanggahan dalam isu perlaksanaan undang-undang pemakaian hijab di negara Peranchis. Pendapat atau lebih tepat FATWA beliau bercanggah dengan Syeikh Dr. Yusoff Qardawi berhubung perkara ini!
------------------------- ------------------------- -------------
Tak sampai setahun.. Sheikh Tantawi yang di agung agungkan Pemimpin dan Pengikut UMNO terutama bekas PM kini menjadi sasaran kecaman umat Islam seluruh Dunia !! Sheikhul Tantawi yang Setaraf hamid Osman.. dulunya didalam media RTM dan sekutunya menjadi HERO Ulama' UMNO,tak habis habis mengagungkan Sheikhul tantawi kerana Mengiktifaf Malaysia sebagai Negara ISlam?? bila Tuan guru HJ Hadi kata..Sheikh Tantawi hanya Ulama Lantikan kerajaan seperti Hamid Osman.. mereka kata Tidak..dia Sheikh terbesar Al-Azhar.. dia Ulama' Besar?? benarkah?? kini dengan kuasa Alllah.. Umat Islam Malaysia ditunjukkan dengan Kebodohan sheikh tersebut!!

BACA LAGI [image]marhaent_106464315 4.jpg[/image]




12.31.03 (9:04 am)


Tabung Penyakit kronik   [edit]
[b]Antara Sorong Dan Tarik
Tabung Bantuan Penyakit Kronik
Oleh Dr Nologareng[/b]

Kini dalam negara digegak-gempitakan dengan cerita Tabung Bantuan Penyakit Kronik yang katanya berjumlah RM100 juta, namun satu sen pun belum terusik. Isu itu timbul setelah Pemuda Umno melakukan sedikit godaman politik kepada Kementerian terbabit sambil Kementerian Kesihatan juga turut diseret. Jika tidak silap tabung ini diumumkan kewujudannya semasa rakyat dipilukan dengan cerita kematian beberapa pesakit Biliary Atresia seperti Allahyarham Sofea Qhairunnisa yang gagal mendapatkan rawatan di bumi yang sedang bermegah dengan KLIA dan Menara kembar Petronasnya.



baca lagi




12.31.03 (8:39 am)


sambutan tahun baru!   [edit]
jika sesiapa yang menonton TV malam ini(31/12/03) tentu dapat melihat betapa Dasar Sosial Negara (~dibaca SO SIAL) diterjemahkan ...lihat Countdown@KLCC ,betapa anak muda diberitakan berkumpul sejak petang& acara bermula pada 8.45 mlm.(sesudah solat isya') dan berlanjutan hingga jam 1.00 pagi. Turut disertai oleh para pemimpin (?) yang melaungkan dasar ini! :twisted:




12.27.03 (7:47 am)


The Rise and the Fall   [edit]
Saddam
By Sabena Siddiqui
sumber

The Rise and Fall

Eyes dead,murky grey slate
Behind the curtain....
Lies a catacomb of lost hope.
In the crypt-like recesses of the mind
Lie memories of moments when man made history.

There was that given
Which all could see
Like there was an unseen destiny
Bestowing its bounties unwittingly.

After the cataclysm
When man fails and destiny
Takes the reins once more....
An entire life compressed to a grain of sand.

What are these spaces of time
Man spends on earth?
Oblivious to the treachery of time
And the windmills of the Gods




12.26.03 (9:33 am)


protokol zionis   [edit]




12.25.03 (9:14 am)


Di Sebalik Serbuan BPR ke MPKS..kini MBAS   [edit]
OLEH TAPAI

Antara tujuan Pak Tuan Syed adalah untuk melantik Man Tok Pin (seterunya) supaya tidak mengganggu gugat untuk menjadi calon di Jerlun. Empat calon teratas dalam senarai yang dipersembahkan kepada Tuanku Sultan adalah Datuk Rahman Ariffin (Man Tok Pin), Datuk Ismail Shafie (bekas SS), Datuk Omar (bekas SS) dan Tan Sri Osman Aroff (Tok Man Ghaup bekas MB).... dan yang nombor Lima ialah Chop Nayan yang terkebawah sekali dalam senarai.

baca lagi




12.23.03 (9:27 am)


makan busat!   [edit]
Selepas Masyarakat Cina Jamu Paklah, Bila Pula Giliran Melayu dan India?
(Chinese community fetes Paklah; when would the Malay and Indian?) Oleh MGG Pillai (Harakah edisi semasa)
Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum semakin menjadi satu slogan untuk menarik pelancong berbanding kenyataan yang sebenar. Barisan Nasional (BN) menganggap parti politik pelbagai kaum dengan pandangan ....

baca lagi